Friday, 20 December 2013

Cara Membuat Petai Jeruk

Langkah 1:



Petai hendaklah direbus terlebih dahulu. Lagi bagus kalau beli petai yang dah masak. Masak tak perlu terlalu lama, agak2 dah mendidih terus tutup api. Letak kan garam kasar sedikit.


Langkah 2 :



Lepas selesai direbus, tak payah tunggu sejuk sangat pon tak pe..alirkan sikit air kat petai tu tadi then terus keluarkan isi petai ni satu2. 


Langkah 3:


Petai yang direbus


Langkah 4:



 Masuk kan garam kasar and rata-ratakan dia. Biarkan semalaman. Ada petua mengatakan kalau nk cepat jadi jeruk boleh letak kan asam keping .


Langkah 5 :


Last sekali, selepas semalam diperap dengan garam kasar, esok nya boleh la diletak kan air masak kat dalam botol ni. Air letak paras2 banyak mana petai tu. 

Boleh diletak kan di dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

Selamat Mencuba


Resepi Yogurt Moist Butter Cake

Bahan - Bahan nya :

1) 1 ketul Buttercup
2) 4 biji telur
3) 2 1/2 cawan tepung kek bluekey
4) 3/4 cawan natural yogurt
5) 1 1/2 cawan gula kastor
6) sedikit esen vanila
7) 1 sudu makan parutan kulit limau (optional)

Cara - caranya :

1) Pukul Buttercup dan gula sehingga kembang dan gebu.
2) Masuk kan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. Masuk kan esen vanila dan parutan kulit limau, kacau sebati
3) Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan gaul secara kaup balik dengan senduk kayu.
4) Masukkan yogurt diakhir sekali sebelum dibakar. Selepas yogurt dimasukkan kedalam adunan, terus dibakar.
5) Sapu sedikit butter diloyang kek @ lapik kertas alas.
6) Bakar selama45 minit dalam suhu kepanasan 190c.



Selamat Mencuba.


Resepi Sambal Hitam Pahang


Bahan-Bahannya :

1)Ikan bilis yang ditumbuk atau di blend (jangan terlalu halus).
2)Bawang besar (separuh dihiris dan separuh lagi ditumbuk).
3)Lada kecil ditumbuk halus.
4)Bawang kecil (sebahagian ditumbuk halus dan sebahagian lagi dihiris nipis.
5)Belimbing buluh.









Cara - caranya :



Masuk kan bawang besar yang dihiris




Masuk kan bawang kecil yang dihiris




Masuk kan bawang kecil yang ditumbuk halus dan kacau seketika




Masuk kan bawang besar yang ditumbuk




Masuk kan lada




Masuk kan ikan bilis



Masuk kan belimbing buluh




Biarkan garing



Dalam proses memasak




Dah siap..dan boleh dihidang.

Boleh disimpan di dalam peti ais untuk tahan lebih lama, bila nak makan just panaskan.


Resepi Spaghetti Carbonara



Bahan-bahan:

-Spagetti (1paket tp guna setengah untuk resepi ni)
-1 tin sos carbonara (selalu saya gunakan 1tin untuk setengah spaghetti paket)
-Daging cincang (nak guna ayam pun boleh)
-Smoky meat (digoreng)
-Bawang putih (dicincang)
-Bawang besar (dicincang)
-Cendawan butang (xnak letak pun boleh, ikut citarasa masing2)
-Garam secukup rasa
-Marjerin

Cara-cara :

-Rebus spaghetti sehingga lembut, dan masuk kan sedikit minyak dan garam supaya spaghetti tadi tidak   melekat.
-Setelah lembut, angkat dan toskan air. Letakkan sedikit marjerin ke dalam spaghetti yg masih panas tadi untuk bagi dia berkilat sikit .
-Untuk sosnye pula, panaskan kuali, masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
-Selepas itu, masuk kan daging/ayam cincang tadi. Tunggu sehinnga daging tadi agak-agak masak sedikit.
-Masukkan sos carbonara tadi, letak kan sedikit air (kepekatan mengikut citarasa masing-masing).
-Masuk kan cendawan butang. Biarkan mendidih. Kacau dlm 2-3 minit .
-Taburkan smoky meat yg telah digoreng terlebih dahulu.
-Sedia untuk dihidang.


Selamat Mencuba!

Sama - Sama Masak


Assalamualaikum..

Terlahir sebuah blog ini hasil idea sendiri. Cuma ingin share kepada semua tentang apa jua resepi masakan daripada masakan melayu, cina, india, western, utara, selatan, timur  dan barat..hehe

Actually minat memasak ni baru2 ni aje...sejak2 berhijrah dan berjauhan dari keluarga ni kena la pandai berdikari sikit kan.. serba serbi kena tau la lagi2 bab2 makan ni...

Kemungkinan juga minat ni datang daripada bonda saya sendiri sebab dia memang peminat tegar bab bab memasak ni..so mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...

Baiklah tak nak mengomel banyak sangat. Nantikan resepi2 atau pun petua2 menarik yang akan di kongsi bersama anda. Di alukan juga kepada sesiapa yang nak share resepi and apa juga yang seangkatan dengan nya. 

Jom SAMA - SAMA MASAK !!