Thursday, 1 May 2014

Resepi Spaghetti Goreng

  

Bahan - Bahannya :

1) Spaghetti
2) Cendawan butang - dipotong 4
3) Daging cincang /ayam
4) Bawang besar (1biji) - dihiris
5) Bawang putih (2biji) - dicincang halus
6) Kicap pekat
7) Kicap manis
8) Tomato sos dan cili sos
9) Cili boh (lada kering)

Cara - caranya :

1) Rebus spghetti hingga lembut.
2) Panaskan minyak, masuk kan bawang bsr + bawang putih- msk hingga garing.
3) Masuk kan daging cincang + cendawan butang - biarkan masak seketika.
4) Masuk kan cili boh
5) Masuk kan kicap pekat+ kicap manis + tomato dan cili sos - biarkan masak.
6) Last sekali masuk kan spaghetti- kacau hingga rata.
7) Sedia dihidang .

Thursday, 6 February 2014

Resepi Crabstick Bread with Cheese



Bahan - Bahan nya :

Roti
Telur sebiji 
Crab stick
Kepingan Cheese
Tepung gandumg (dibancuh dgn air, biar pekat dan dijadikan sebagai gam untuk roti)


Cara - Cara nya :

1) Goreng / Rebus crab stick
2) Ambil roti dan leper2kan roti tersebt, ini supaya minyak tidak masuk ke dalam roti terlalu banyak.
3) Letak kan sekeping cheese atas roti dan crab stick, gulung dan dihujungnya letakkan tepung yang dibancuh tadi supaya gulungan tidak terbuka.
4) Celupkan roti tadi ke dalam telur dan terus boleh goreng.
5) Jangan goreng terlalu lama, dah kuning sikit boleh la diangkat dan sedia dihidang. Simple kan. Cubala..



Saturday, 25 January 2014

Mee Goreng Simple tapi Sedap


Bahan - Bahan nya :

1 paket mee kuning
Sayur sawi
Tomato
Ayam/Daging (ikut selera) - potong dadu
2biji bawang putih
Halia (ditumbuk)
Kicap mee
Kicap Manis
Sos tiram
Lada besar (ikut selera)
sedikit air asam jawa
Minyak masak

Cara - cara nya :

1) Masuk kan bawang putih, halia, ayam. Biarkan ayam masak seketika.
2) Masuk kan sos tiram + kicap mee + kicap manis + air asam jawa . Gaul rata.
3) Masuk kan mee kuning + sayur sawi + tomato. Gaul rata.
4) Tabur lada besar yang dihiris. Sedis dihidang.

Selamat Mencuba


Tuesday, 21 January 2014

Resepi Kek Batik Simple



Bahan - Bahan :

Buttercup (250g)
Susu pekat 1tin (tin kecil)
Esen Vanila
*Milo ataupun apa2 jenama yg seangkatan dgn milo (dalam resepi ni tak guna Milo)
Serbuk koko 2 -3 sudu besar
Biskut Marrie

Cara - Caranya :

1) Masuk kan *milo + susu pekat + esen vanila + butter + serbuk koko dalam kuali dan kacau. Jangan bagi berketul.
2) Bila dah agak pekat dan menggelegak, masuk kan biskut marrie, ikut citarasa nak letak banyak mana.
3) Gaul hingga coklat menutupi seluruh biskut, dan setelah siap, masuk kan ke dalam loyang or tupperware pun boleh.
4) Make sure alas dengan plastik sebelum tuang kek tadi, supaya senang bila nak potong. Tekan kek tersebut hingga atas nya sama rata dan letakkan dalam peti ais. Bila dah sejuk boleh la dihidang.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, 18 January 2014

Resepi Karipap Bonda




Inti karipap
4 biji bawang kecil (ditumbuk)  
1biji bawang putih (ditumbuk)            
Lada kecil (ditumbuk)
5 biji kentang (dipotong dadu)
5 biji bawang besar (dipotong dadu)
Daging (dipotong dadu)
1 paket kecil serbuk kari
Garam
Sostiram (optional)
Kicap manis (optional)
*klu daging yg dah lama better letak sos tiram + kicap manis.
*kuantiti lada kecil bergantung kepada pedas yg anda inginkan.

Kulit karipap
Tepung gandum
Mentega  atau minyak masak
Air


Caranya:
Inti Karipap
1) Panaskan minyak masak, masukkan bahan yang ditumbuk.
2) Setelah garing, masukkan serbuk kari..bancuh serbuk kari dgn air sebelum dimasuk kan ke dalam kuali. Kacau rata.
3) Masukkan daging..biar seketika..
4) Masukkan bawang besar dan kentang yg dipotong dadu.
5) Masukkan air ,biar air sama paras dgn bahan2.
6) Biarkan sehingga betul2 kering dan pekat.
7) Setelah kering,bolehlah diangkat dan disejuk kan .

Kulit karipap
1) Cairkan mentega
2) Masuk kan mentega tadi kedalam tepung gandum
3) Bentuk kan adunan sampai menjadi doh sambil masuk kan air sedikit demi sedikit.Jangan terlalu keras atau lembut adunan nya.
4) Setelah siap,biarkan adunan seketika.
5) Setelah inti tadi sedikit sejuk, boleh lah teruskan dengan proses membuat karipap.

Selamat Mencuba


Friday, 20 December 2013

Cara Membuat Petai Jeruk

Langkah 1:



Petai hendaklah direbus terlebih dahulu. Lagi bagus kalau beli petai yang dah masak. Masak tak perlu terlalu lama, agak2 dah mendidih terus tutup api. Letak kan garam kasar sedikit.


Langkah 2 :



Lepas selesai direbus, tak payah tunggu sejuk sangat pon tak pe..alirkan sikit air kat petai tu tadi then terus keluarkan isi petai ni satu2. 


Langkah 3:


Petai yang direbus


Langkah 4:



 Masuk kan garam kasar and rata-ratakan dia. Biarkan semalaman. Ada petua mengatakan kalau nk cepat jadi jeruk boleh letak kan asam keping .


Langkah 5 :


Last sekali, selepas semalam diperap dengan garam kasar, esok nya boleh la diletak kan air masak kat dalam botol ni. Air letak paras2 banyak mana petai tu. 

Boleh diletak kan di dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

Selamat Mencuba


Resepi Yogurt Moist Butter Cake

Bahan - Bahan nya :

1) 1 ketul Buttercup
2) 4 biji telur
3) 2 1/2 cawan tepung kek bluekey
4) 3/4 cawan natural yogurt
5) 1 1/2 cawan gula kastor
6) sedikit esen vanila
7) 1 sudu makan parutan kulit limau (optional)

Cara - caranya :

1) Pukul Buttercup dan gula sehingga kembang dan gebu.
2) Masuk kan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. Masuk kan esen vanila dan parutan kulit limau, kacau sebati
3) Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan gaul secara kaup balik dengan senduk kayu.
4) Masukkan yogurt diakhir sekali sebelum dibakar. Selepas yogurt dimasukkan kedalam adunan, terus dibakar.
5) Sapu sedikit butter diloyang kek @ lapik kertas alas.
6) Bakar selama45 minit dalam suhu kepanasan 190c.



Selamat Mencuba.